TARIKH CADANGAN MEGA REUNION

Tuesday, January 26, 2010

MAKLUMAN UNTUK WARGA MUMSKMK

Salam to All...

Oleh sebab kesukaran yang dialami oleh warga MuMsKmK untuk membuat perbincangan di blog ini, pihak Admin telah membuka satu laman forum bagi membolehkan korang membuat perbincangan berkaitan aktiviti MuMsKmK. Sila klik sini untuk ke laman tersebut.


MAKLUMAN:
Korang perlu register (sekali je) untuk membolehkan korang akses ke page tersebut. Kalau bleh, sila guna nama (nickname) yang membolehkan korang dikenali oleh kengkawan KMK kita. Panduan untuk register adalah seperti berikut:

Klik "Join Now" di bahagian atas page tersebut.

Isikan e-mail dan kata laluan

Masukkan Username (nama yang akan muncul dalam forum), Jantina dan tarikh lahir. Korang leh update profile korang untuk masukkan gambar@avatar dan maklumat lain lepas tu.

Sunday, January 24, 2010

What is ur IDEA!!!???


Salam untuk semua..
Rasanya dah sampai la masanya kita membincangkan topik Mega Reunion MuMsKmK kita. So, bagilah cadangan korang supaya kita leh nampak apa yang perlu dibuat... So curahkanlah idea korang guys!!!!

Saturday, January 2, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Selamat menyambut tahun baru 2010.. Semoga tahun ini akan memberikan kita lebih kebahagiaan dalam kehidupan. Sebut pasal tahun 2010 ni, bermakna telah genap 10 tahun dari majlis Finale Dinner yang diadakan pada tahun 2000 dulu. Kalau ikutkan perancangan, kita akan adakan Mega Reunion pada tahun ni.
InsyaAllah, committee akan dibentuk. Cuma yang diharapkan kerjasama dari rakan MuMsKmK untuk turut serta dalam reunion ni nanti. Kita akan adakan undian bagi mendapatkan kesepakatan dalam merencanakan program ini nanti. Mungkin juga kita perlukan jasa baik para ahli untuk membuat sumbangan dana bagi menjayakan program ini nanti. Semoga berjaya!!!

Wednesday, December 23, 2009

BORANG MAKLUMAT AHLI MuMsKmK




Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Mohon kerjasama warga MuMsKmK untuk mengisi borang maklumat berikut untuk tujuan rekod. Kerjasama anda amat dihargai.

Terima kasih.

BORANG MAKLUMAT AHLI MuMsKmK

NAMA:

EMAIL:

NO. TELEFON

ALAMAT SURAT MENYURAT:

STATUS:

BUJANG

BERKAHWIN

DUDA

JANDA
KELAS DI KMK:

LAMAN SOSIAL YANG DIMILIKI:
FACEBOOK

MYSPACE

FRIENDSTER

TWITTER

TAGGED

BLOGSPOT

LAIN-LAIN

TIADA


Terima kasih di atas kerjasama anda.

Tuesday, December 22, 2009

Mini Reunion MuMsKmK

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Pada 19 Disember 2009 yang lalu, satu perjumpaan Mini Reunion MuMsKmK telah diadakan bertempat di Presint 9, Putrajaya. Pada asalnya, tempat yang dicadangkan adalah di sebelah Hotel Pullman Putrajaya. Namun, atas faktor cuaca, keselamatan dan keselesaan, venue telah bertukar ke rumah Naim. Alhamdulillah, perjumpaan ini berjaya mengumpulkan beberapa ahli MuMsKmK. Antaranya:

1. Mohd. Farid Abdullah (NADO) dan isteri
2. Mohd. Khairuddin (KURT) dan isteri
3. Mohd. Naim Bahari & Lina (Tuan Rumah)
4. Azlan (LAN) & Shalina (INA)
5. Shahrul Azrai (AJAI) dan isteri
6. Noor Hidayu (AYU) dan suami
7. Hafiza (Fiza) dan suami
8. Syafian Hadi (Pyan)
9. Muhammad Zaid

Mini Reunion ini memberi peluang untuk ahli bertukar-tukar cerita selain mengimbas kembali kenangan di Kolej Mara Kulim. Mini Reunion ini menggunakan konsep Potluck dan tema Merah & Hitam. Aktiviti bertukar hadiah telah diadakan di penghujung acara.

Semoga Mini Reunion ini akan memberikan inspirasi kepada semua ahli MuMsKmK yang lain untuk sama-sama menyertai Mega Reunion yang akan diadakan pada tahun 2010 kelak.

(Klik gambar untuk pembesaran)

SALAM PENGENALAN

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia untuk semua warga MuMsKmK..

Blog ini diwujudkan sebagai penghubung bagi semua warga MuMsKmK. Ia merupakan wadah terbaru bagi mengukuhkan lagi silaturrahim di antara kita. Memandangkan kemajuan IT semakin pesat, kita perlu menggunakan peluang ini sebaik mungkin. Maka blog ini adalah antara usaha untuk mengumpulkan warga MuMsKmK selain daripada laman sosial seperti Facebook dan Friendster.

Semoga laman blog ini akan memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah.